Barang dalam Benar: Maal Hijrah di Hiroshima

0
SIM-9-278x300




Begin forwarded message:

On Thursday, July 3, 2025, 7:33 AM, Dzul Razak <dzulrazak@gmail.com> wrote:

Barang dalam Benar: Maal Hijrah di Hiroshima – Dzulkifli Abdul Razak, Julai 3, 2025

Kebetulan penulis menjejakkan kaki di Hiroshima pada awal Muharram minggu lalu. Hiroshima kenali sebagai kota yang dihujani bom Atom julung-julung kali 80 tahun yang lalu. Bersempena Perang Dunia Kedua sekitar tahun 1945, pihak yang bersengketa beria-ia cuba menundukkan musuh mereka dengan apa cara jua pun. Selepas begitu lama berhempas pulas memerangi satu sama lain, timbul pula idea membuat bom yang belum pernah digunakan dalam apa-apa peperangan sebelum ini.

Maka wujudlah satu projek besar-besaran kearah ini, cetusan para pemikir serta cendekiawan Barat, khasnya Amerika Syarikat. Melalui Projek Manhattan, ianya diatur secara rahsia dibawah gabungan kuasa bersekutu Barat. Dinaungi penyelidikan sulit terurai berbagai percubaan serta ujian di beberapa tempat sehingga terbentuk satu jenis bom baharu, bergelar Bom Atom. Pertama di dunia yang bakal digunakan mana jua.

Inline imageInline image

Dari sudut pencapaian sains, ia merupakan hasil yang membanggakan dengan terbinanya satu lagi bidang baharu yang terperinci lagi halus. Banyak ciptaan berguna terhasil daripadanya untuk manfaat dan kebaikan orang ramai. Namun begitu, ada juga kesan-kesan yang boleh memudaratkan yang tidak diduga, bakal menghantui dunia, sehingga hari ini. Antara yang jelas adalah dalam sekelip mata lebih 100 ribu manusia pupus ekoran letupan atom yang pertama dalam sejarah peradaban manusia. Saatnya 815 pagi, Ogos 6, 1945. Ini dirakamkan pada sebuah bangkai bangunan yang dahulu digunakan untuk pameran bahan ciptaan industri Hiroshima. Ramai lagi menanggung derita seumur hidup tidak berdosa, akibat manusia durjana kemaruk kuasa dan nama. Tanpa berperikemanusiaan sesama mereka. Membunuh dengan kejam durjana.

Inline image

Sekali gus, terus terimbau peristiwa yang serupa di Gaza, dan terkini Iran yang baharu sahaja diserang oleh kuasa yang sama berulang kali. Tiada bezanya. Hanya tempat dan waktu yang lain. Pembunuhan dan kecelakaannya kepada manusia sama sahaja, malah lebih teruk kerana wanita serta kanak-kanak paling banyak terkorban dengan sengaja disasar mengikut laporan rasmi. Bagi Hiroshima, kemudiannya Nagasaki, dihancurkan dalam dua serangan melalui dua butir bom Atom yang dirancang rapi pada Ogos 6 dan 9, 1945. Sedangkan penduduk Gaza mengalami ratusan serangan bom dan serba anika senjata menghampiri dua tahun lamanya mulai Oktober 2023 sehingga hari ini. Yang dimusnahkan adalah seluruh wilayah dari utara hingga selatan bersempadan Mesir!

Inline imageInline image

Sehingga dikatakan menyerupai ciri-ciri genosida – yakni pembunuhan beramai-ramai tanpa henti, tanpa tujuan selain niat jahat lagi terkutuk menamatkan zuriat sesuatu bangsa. Ini sebenarnya sudah berlarutan sejak 1948 lagi, yang dikenali sebagai “nakbah” – tatkala Barat merestui tindak-tanduk kelompok pengganas Zionis merampas kuasa daripada penduduk yang sudah lama menghuni disana. Dan masih melakukan rampasan haram tersebut di mata dunia, dilindungi kuasa benar durjana. Dalam pada itu, beberapa kawasan di Iran turut dimusnahkan dengan andaian ia sebagai tempat kegiatan nuklear – betul atau tidak, bukan persoalannya. Yang ketara, ia mencabul beberapa undang-undang serta amalan antarabangsa. Yang jelas keangkuhan dan kerakusan! Apatah lagi ia melibatkan kuasa besar yang sewajarnya menjadi contoh, bukan sebaliknya. Mengambil kesempatan, bagaimana yang sering diingatkan: sejarah buruk akan past berulang sekiranya manusia menurut sifat haiwan! Kerangka undang-undang rimba! Kuasa mengatasi segala-galanya.

Inline imageInline image

Kesedaran inilah yang sebenarnya membuatkan peristiwa hijrah sebagai satu-satunya tuntutan dalam mengangkat keadilan dan kesaksamaan keperingkat paling tinggi. Sesama insan dalam melebarkan rahmatan lil ‘alamin! Banyak pengorbanan dilakukan agar terbina kemakmuran yang menyeluruh dengan imbangan yang halus melalui neraca qalbu pada paksi etika-moral yang tiada tolok bandingannya. Ia juga menuntut keamanan serta kedamaian yang jati menelusuri jiwa tidak berbelah bagi, yakin kepada Ilahi sampai mati. Kesemua ini bermula dengan didikan yang menolak rasa benci serta jaki dalam naluri diri, terhadap diri sendiri seperti penderaan kendiri sehingga rela membunuh diri, menyalahi hukum suci. Tambahan sikap iri hati yang meluahkan perasaan cela kepada yang lain. Pantang melihat sesuatu melebihi sendiri dalam serba-serbi untuk ditandingi setamak mungkin bagi mendahului! Ada ketika mengasari kerana tidak terdaya lagi menahan iri hati tahap tinggi. Menghasut itu dan ini bagaikan medan perang yang sentiasa diceburi oleh setiap insan lemah pegangan merendah diri. Busuk pula hati.

Lantas mencetuskan peperangan demi peperangan untuk bersaing membuta tuli umpama meledakan Bom Atom semula jadi.

Inline image

Hatta hijrahlah penyelesaiannya membimbing hati merendah diri. Menidakkan perlumbaan duniawi sehendak hati agar imbangan hidup terus terpelihara mencari rezeki seluhur budi. Hijrah penyuluh yang disantuni Nabi junjungan besar sejak dahulu kala. Memadamkan api kebencian punca segala sengketa atas bisikan syaitan. Akibat kerakusan sang manusia yang memuncak, pupus sifat-sifat kemanusiaannya yang ditiup suci oleh Ilahi. Selagi hijrah tidak subur didalam hati, selagi itu manusia akan kabur hidupnya di dunia ini.



It always seems impossible until it is done Nelson Mandela (1918-2013)



It always seems impossible until it is done Nelson Mandela (1918-2013)
It always seems impossible until it is done Nelson Mandela (1918-2013)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *