FAHAMKAN KAEDAH RINGKAS
🔥 Anda makan sikit (eat less), tapi anda banyak bergerak (exercise, aktiviti) berat anda akan turun.
🔥 Anda makan sikit (eat less) banyak bergerak, dan banyak makan protein, lemak badan akan turun.
🔥 Anda makan sikit (eat less), banyak bergerak, banyak makan protein, dan buat strength training (angkat berat dan lain-lain) anda akan dapat bakar lemak dan pada masa yang sama juga anda membina otot.
Kesimpulan:
1. Banyakkan aktiviti, bergerak, berjalan. Be creative untuk sentiasa ada movement badan. Jangan duduk sahaja.
2. Kurangkan makan. Defisit kalori setiap hari untuk lebih sihat, namun setiap orang berbeza kiraan keluar masuk kalori bergantung umur, jantina juga tahap aktiviti harian. Fokus eat right bukan eat less.
3. Buat cardio. Aerobic. Untuk kesihatan jantung dan paru-paru. Berlari, berbasikal, badminton adalah termasuk cardio. Namun, hati-hati ketika bersukan. Anda perlu pastikan anda fit, jika tidak injuries bakal terjadi.
4. Buat strength training. Boleh mula dengan main dumbbell kerana kita perlu bina otot. Otot penting untuk jaga struktur tulang dan badan.
5. Lebihkan protein dalam pemakanan (ayam, daging, organic protein supplement dan lain-lain)
Semoga bermanfaat.
Penulis: Danial Madani
Jurulatih Kecergasan Bertauliah, The National Association For Strength and Conditioning Research, NASC.
Certified Foundation in Nutrition & Wellness Program and “Nutrilite: Reasons to Believe” organized by Integrative Healthy Academy (IHA) in collaboration with Nutrilite and Institute of Professional Development, Open University Malaysia (IPD-OUM).
#tintafitness