Kanban
Walaupun Malaysia belum masuk World Cup namun teruslah berimpian suatu hari kita ada pasukan di sana.
Captain Tsubasa menjadi pencetus semangat untuk rakyat Jepun berimpian memasuki World Cup.
Komik Mangga Captain Tsubasa diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1981 diinspirasi dari Piala Dunia tahun 1978 di Argentina.
Inspirasi dari Komik ini menjadikan ramai kanak-kanak yang membacanya di seluruh dunia berimpian bermain di pentas World Cup.
Hanya pada tahun 1998 barulah Jepun berjaya menjejakkan kaki ke pentas Piala Dunia. Walaupun hanya berada di tangga ke 31 tetapi azam mereka tidak pernah padam.
Seterusnya mereka menghantar pemain-pemain mereka bermain di negara yang menjadi Juara Piala Dunia. Negara tersebut keberatan mengambil pemain mereka yang tiada pengalaman.
Jadi mereka “nemawashi” menggunakan Syarikat-syarikat Jepun di negara tersebut menjadi agen menglobi pemain mereka di liga negara tersebut.
Kemudian mereka merancakkan liga-liga tempatan untuk melahirkan lebih ramai pemain berkebolehan.
Seterusnya mereka meletakkan sasaran yang boleh capai seperti menaiki tangga ranking ke 16 seterusnya ke 8 dan kemuncak 4 teratas.
Walaupun kali ini mereka belum sukses namum kekalahan mereka dipandang tinggi sedunia atas sikap tertib mereka.
Susun perangcangan dan jalan terus.
Inilah yang kita ingin tiru #TeladanDariJepun.
Semoga kita terus memperbaiki setahap demi setahap dalam bidang yang kita cuba kuasai.
#Gambatte #MBJ27